Low beri jaminan ketua baru SPRM seorang berintegriti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low berkata kerajaan akan membina legasi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan memberi jaminan bahawa penggantinya akan merupakan seseorang yang berintegriti.
Katanya, kerajaan akan bergantung dan membina legasi Abu Kassim, memberi pertimbangan yang teliti bahawa penggantinya hendaklah seorang yang berintegriti peribadi yang tertinggi, dengan pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas dalam kerja yang rumit dan kaedah memerangi rasuah.
Dalam satu kenyataan, Low menambah bahawa pengganti Abu Kassim adalah terbaik dipilih dari dalam barisan SPRM.
Sebaik-baiknya, kata beliau, ketua pesuruhjaya baru perlu diambil dari kalangan pegawai kanan yang sedia ada cekap, pegawai-pegawai kanan SPRM yang telah bekerja dengan seorang pemimpin yang disegani seperti Abu Kassim.
Paling utama, tambahnya, reputasi negara dalam tadbir urus yang baik perlu dipertahankan tanpa kompromi, lebih-lebih lagi kerana syarikat-syarikat antarabangsa hari ini memilih dan semakin tertarik untuk menjalankan perniagaan dalam persekitaran yang diuruskan dengan baik dengan risiko yang lebih rendah daripada rasuah.
Low berkata peletakan jawatan Abu Kassim merupakan satu kehilangan kepada negara dan kerja-kerjanya selama ini membantu menjadikan SPRM sebuah badan profesional yang mendapat kepercayaan awam.
Abu Kassim semalam mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan daripada SPRM berkuat kuasa 1 Ogos tetapi menafikan beliau didesak untuk berbuat demikian.

