Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PAIP sedia 200 tangki statik, 30 lori tangki hadapi gangguan air
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 3:23 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Dua ratus tangki statik dan 30 lori tangki air disediakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) di seluruh kawasan yang
dijangka mengalami gangguan bekalan air semasa musim perayaan Aidilfitri.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Paip Nurul Farhana Abdul Hamid berkata keutamaan disediakan bagi kawasan felda dan kampung sebagai langkah memastikan kelangsungan bekalan air sekali gus meringankan kesulitan pengguna sekiranya menghadapi masalah bekalan air ketika menyambut hari raya.

"Permintaan bekalan air yang meningkat semasa musim perayaan apabila pulang ke kampung menyebabkan tekanan air rendah terutama di kawasan felda dan kampung tradisional," katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

Nurul Farhana berkata bantuan bekalan lori tangki air hanya diberikan sekiranya berlaku kematian dan mengutamakan premis kritikal iaitu pusat dialisis, pusat jagaan warga emas dan sekolah.

"Selain itu, bagi kawasan yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan musim kemarau seperti di Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Kawah, Temerloh pihak Paip menyediakan 15 tangki statik dan tiga lori tangki air," katanya.

Beliau berkata petugas tunggu sedia ditugaskan selama 24 jam sehari bagi melancarkan aduan pengguna dan sekiranya terdapat sebarang aduan pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.

Nurul Farhana menasihati pengguna supaya menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan pada musim perayaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS