Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khir Toyo sifatkan pendakwaan Lim sebagai 'poetic justice'.
Diterbitkan:  Jul 2, 2016 12:19 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo menyifatkan pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai "poetic justice' (keadilan setimpal).

"Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka.

"Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan - 'padan muka'," kata Khir dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihatkan Lim berhenti membandingkan kes beliau dengan kes bekas menteri besar Selangor itu.

Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta untuk dirinya dan isterinya.

Pada bulan Mac, Khir menjalani perintah parol selepas menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan kemudiannya.

Lim, dalam satu kenyataan selepas didakwa minggu ini, berkata, "terdapat percubaan untuk menyamakan kes saya dengan kes bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini sama sekali adalah salah".

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS