KM jamin Pulau Pinang terkawal dari serangan IS
Ketika ahli-ahli yang mendakwa mewakili kumpulan militan Negara Islam (IS) rancak melakukan serangan di beberapa lokasi, Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini kekal selamat.
Beliau berkata, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Ghafar Rejab memberi jaminan bahawa negeri itu berada "di bawah kawalan".
Lim mengutuk serangan terbaru yang berlaku di Indonesia, Arab Saudi dan Bangladesh serta yang terbaru di kota suci Madinah, pagi tadi.
Katanya, beliau kesal dengan serangan pada bulan Ramadan itu.
Menurutnya, pengesahan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa serangan di Puchong minggu lalu didalangi oleh IS menarik banyak perhatian.
"CPO kata beliau tidak menerima apa-apa laporan mengenai sebarang serangan tetapi memberi jaminan bahawa lebih ramai anggota akan membuat rondaan untuk memastikan segala-galanya adalah terkawal.
"Kami harap Pulau Pinang bukan sahaja akan terus menjadi hijau dan bersih tetapi juga selamat," kata Lim pada sidang media di Komtar hari ini.
[Baca berita penuh]

