Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas penulis khas NSTP Othman Abu Bakar meninggal dunia

Bekas penulis khas akhbar New Straits Times (NSTP), Othman Abu Bakar, 58, meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Bandar Puncak Alam, di Kuala Selangor hari ini.

Allahyarham, yang meninggal dunia pada jam 8.15 pagi ini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam.

Allahyarham, yang juga bekas Editor Bersekutu akhbar The Edge, meninggalkan seorang isteri, Fadilah Jantan, 48, dan dua anak perempuan, Nur Liyana, 19, dan Nur Amani, 17.

Nur Liyana berkata arwah, yang berkerusi roda, pernah menjalani pembedahan memasang plat titanium di bahagian belakang badannya dua minggu lalu.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia, Datuk Ahmad Abd Talib, yang juga rakan karib Othman, berkata beliau mengenali Allahyarham sejak kedua-dua mereka berkhidmat di akhbar Business Times pada awal 1980-an.

"Othman seorang yang berdedikasi dan sangat bertanggungjawab. Yayasan Salam bercadang melancarkan projek untuk membantu beliau selepas Aidilfitri tetapi malangnya tidak berkesempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengebumian Allahyarham.

- Bernama

Lihat Komen
ADS