Serangan di Madinah, 19 suspek ditahan
Arab Saudi berkata pengebom bunuh diri yang menyerang Masjid Nabawi di kota suci Madinah pada Isnin lalu adalah seorang warganegaranya yang berusia 26 tahun dan mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah.
Menurut Reuters, dua belas rakyat Pakistan dan tujuh warga Arab Saudi juga telah ditahan berhubung serangan itu.
Naer Muslim Hamad melintasi tempat letak kereta bersebelahan dengan Masjid Nabawi i di Madinah dan meletupkan di tali pinggang berhampiran ibu pejabat keselamatan yang membunuh empat anggota tentera, lapor agensi berita SPA yang memetik seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri.
"Apabila pengawal keselamatan memintas, dia meletupkan dirinya," kata jurucakap itu.
Serangan di Qatif pula menurut kementerian itu dilakukan oleh tiga suspek pengganas, termasuk seorang bernama Abderrahman Saleh Mohammed al-Amr, 23 yang menurut agensi keselamatan pernah menyertai beberapa tunjuk perasaan.
Sementara serangan di Jeddah pula disyaki dilakukan seorang lelaki Pakistan yang dikenali sebagai Abdullah Qalzar Khan, seorang pemandu yang tinggal di bandar berkenaan selama lebih 12 tahun.

