Uthayakumar bawa kes waran tangkap ke mahkamah
Terjemahan Peguam P Uthayakumar, yang sebelum ini memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya tahun lalu, perlu ke mahkamah itu semula pada 11 April ini untuk mengetahui sama ada permohonan tersebut akan didengar di mahkamah jenayah atau sivil.
Terjemahan Peguam P Uthayakumar, yang sebelum ini memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya tahun lalu, perlu ke mahkamah itu semula pada 11 April ini untuk mengetahui sama ada permohonan tersebut akan didengar di mahkamah jenayah atau sivil.
Sehingga itu, Hakim Abdul Kadir Musa pagi ini memberi masa kepada peguam Uthayakumar dan Timbalan Pegawai Pendakwa Mohamad Hanafiah Zakariah untuk membuat penyelidikan sama ada kes ini terletak di bawah bidangkuasa mahkamah jenayah atau sivil.
"Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini (minggu lepas), saya memberi masa kepada semua pihak terbabit untuk menyelidik sepenuhnya perkara ini. Saya akan peruntukkan masa yang cukup untuk mendengar hujah-hujah dan meneruskan kes ini," katanya.
Hakim Abdul Kadir berkata, kes di Mahkamah Persekutuan itu juga membabitkan perkara yang serupa dengan kes sekarang dan telah diputuskan bahawa ia boleh dibicarakan sebagai kes jenayah.
Apabila ianya disebut pada 11 Oktober tahun lalu, Mohamad Hanafiah telah cuba memasukkan bantahan awal terhadap permohonan tersebut, dengan mendakwa ianya ialah perkara sivil.
Bagaimanapun, peguam Uthayakumar tetap menegaskan bahawa kes tersebut membabitkan unsur-unsur jenayah. Menurut mereka, waran tangkap yang dikeluarkan pada 27 Ogos tahun lalu oleh seorang majistret atas permohonan balai polis Brickfields adalah batal dan tidak sah.
Juga dikemukakan kepada mahkamah ialah dakwaan tindakan 'kasar' pihak polis dalam melakukan tangkapan tersebut serta gangguan terhadap Uthayakumur kerana membangkitkan kes-kes kematian dalam tahanan polis.
Tiada pertukaran
Abdul Kadir hari ini meminta peguam utama, M Manoharan supaya menimbang untuk menyemak semula permohonan tersebut dengan menamakan kurang daripada lapan responden yang kini dinamakan terbabit. Bagaimanapun, Manoharan berkata, pelanggannya mahu mengekalkan permohonan sepertimana yang telah dikemukakan.
"Isu-isu ini melewati soal waran tangkap kerana ia membabitkan tangkapan sebenar dan ianya bukan sahaja membabitkan kepentingan pelanggan saya, tetapi juga kepentingan awam," kata Manoharan.
Lapan reponden tersebut ialah kerajaan persekutuan, Pejabat Peguam Negara, ketua polis persekutuan dan timbalannya, ketua polis daerah Brickfields dan tiga orang inspektor polis.
Mohamad Hanafiah, dalam hujahnya, telah meminta mahkamah supaya melihat kes tersebut sebagai semakan semula waran tangkap, serta mengurangkan skop tindakan untuk membuang elemen-elemen 'mala fide' (berniat jahat) di pihak polis.
Manoharan pula berhujah, ia adalah kes jenayah dan pemohonnya bukan mahu mencari gantirugi dalam bentuk wangtunai, tetapi satu pengisytiharan bahawa notis yang dikeluarkan mengikut seksyen 111 Kod Prosidur Jenayah (CPC), adalah tidak sempurna.
Seksyen 111 merupakan notis supaya hadir di balai polis untuk tujuan mencatatkan kenyataan. Ianya dikeluarkan berhubung penyiasatan yang dijalakan berkaitan dakwaan Uthayakumar bahawa dia dipukul oleh polis.
Uthayakumar bagaimanapun enggan menuruti notis tersebut dengan alasan mereka yang didakwa terbabit dalam kejadian tersebut, tidak sepatutnya menyiasat kes dakwaannnya, dan seterus meminta supaya dijalankan siasatan bebas. Dia kemudiannya ditahan selama kira-kira empat jam.
Peguam Amer Hamzah, yang hadir bagi pihak Majlis Peguam, berhujah bahawa sekiranya kes itu dilihat sebagai satu semakan semula waran, maka skopnya akan menjadi terhad. Beliau menyebut seksyen 323 CPC dan Seksyen 35 Akta Kehakiman Mahkamah..
Abdul Kadir kemudiannya memberi pilihan kepada timbalan pendakwaraya sama ada mahu mengekalkan bantahan awalnya itu apabila ia disambung dua minggu lagi atau meneruskan untuk menjawab permohonan asal.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.