Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bos antikeganasan polis diugut bunuh IS
Diterbitkan:  Jul 13, 2016 10:58 AM
Dikemaskini: 6:04 AM

Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan mendapat ugutan bunuh dari militan kumpulan pengganas Negara Islam (IS), Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Beliau menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon dari pengganas itu sendiri, lapor Star Online.

Ayob dikatakan menerima ancaman itu ekoran penglibatannya dalam memerangi keganasan dan kerana menahan abang Muhamad Wanndy pada bulan Mei.

Beliau adalah antara beberapa pemimpin Malaysia, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang dikatakan dalam senarai sasaran IS.

Ayob berkata, IS telah melabelkan institusi kerajaan sebagai 'thagut' dan telah meletakkan mereka sebagai sasaran utama.

Sementara itu, Ayub ketika menghubungi berkata ugutan itu bukan perkara baru buat dirinya.

“Itu cerita lama,” kata Ayub ringkas, melalui aplikasi mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS