Protes terhadap Lim, CAT jadi 'Capati, Apom, Tosai'
Sekumpulan kecil peserta demontrasi berkumpul di luar Komtar untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan rasuahnya dalam pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.
Ketua kumpulan itu, Ahmad Yakqub Nazri berkata slogan CAT oleh kerajaan negeri bukan lagi bermaksud 'cekap, bertanggungjawab dan telus', tetapi bermaksud 'capati, apom dan tosai' (makanan India).
Beliau berkata kumpulan itu diwakili oleh individu dari semua kaum yang mahu melihat Lim berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008.
Mereka membawa sepanduk tertera "Guan Eng bila mahu letak jawatan' dan 'Kita tidak mahu ketua menteri rasuah'.
Snap polls in Penang? This group does not agree #LGExit @malaysiakini pic.twitter.com/udPwurBljL
— susan loone (@susanloone) July 15, 2016
Ahmad Yaakub, berkata pihaknya mengadakan demonstrasi bagi menyatakan isi hati sebahagian rakyat Pulau Pinang yang berasa tertipu dengan pentadbiran kerajaan negeri.
"DAP adalah kerajaan negeri yang talam dua muka. Tiada satu pun projek perumahan untuk rakyat kerana mereka hanya pentingkan diri sendiri.
"Jika Guan Eng betul-betul 'gentleman', beliau perlu letak jawatan kerana Pulau Pinang tidak perlukan pemimpin yang sombong dan rasuah seperti beliau," katanya.
Ahmad Yakqub berkata kumpulan itu akan mengadakan protes sama di masa depan.
Lim mengaku tidak bersalah dan menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai penganiayaan politik, yang dinafikan kerajaan.

