Bangun, bangun, jangan tidur, kata Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui terdapat pelbagai rintangan untuk program perkembangan awal kanak-kanak PERMATA yang dinaunginya.
Dalam sebuah forum berkaitan dasar-dasar pendidikan awal di Putrajaya, isteri perdana menteri menyeru orang ramai tidak gentar mengharunginya.
“Sesetengah orang tidak faham sementara sesetengah lagi ragu dan malah mempolitikkan isu itu.
Bagaimanapun, kata Rosmah, usaha itu akan diteruskan atas kepercayaan bahawa perkembangan bakat akan memberi manfaat kepada negara ini.
Dalam ucapan itu, Rosmah juga sempat berseloroh meminta hadirin tidak tidur memandangkan awal petang kebiasaannya mudah mengantuk.
“Kamu semua dengar ke tidak ni?” usik Rosmah sambil ketawa, yang kemudian menceriakan dewan.
“Bangun, bangun! Saya tahu ini 3 petang, 3.30 masa yang sangat baik untuk tidur,” katanya sebelum menyambung ucapan.
[Baca berita asal]

