Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahmad Said tolak jawatan timbalan exco T'ganu
Diterbitkan:  Jul 21, 2016 11:20 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman semalam.

Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

Ahmad Said berkata bagaimanapun beliau belum menerima surat rasmi mengenai pelantikan itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan mmedia.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Kuala Terengganu hari ini.

Pengerusi PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengumumkan dalam sidang media itu, pelantikan Ahmad Said sebagai yang dipertua PERKASA Terengganu.

Beliau menggantikan Datuk Ismail Samah berkuat kuasa hari ini.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS