Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

ANALISIS l Tindakan keras Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat membanteras rasuah, khususnya membabitkan 1MDB menghidupkan semula desakan supaya Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri.

Lagipun, tidak sukar untuk meneka atau membuat andaian bahawa Najib adalah individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1" dalam saman itu yang menerima wang AS$731 juta milik 1MDB yang telah dipesongkan.

Ahli Umno sepatutnya tidak lagi begitu ‘taksub’ atau ‘nyayuk’ untuk mengabaikan bukti kukuh itu dan terus menyokong Najib sebagai presiden parti.

Mereka seharusnya mengurangkan risiko sekarang, dan menggantikan Najib dengan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau pemimpin lain yang difikirkan sesuai.

Namun, ini bukan apa yang terjadi.

Sebaliknya, reaksi awal Umno berhubung saman sivil DOJ adalah cubaan menolak kaitan Najib daripada sebarang kesalahan dengan hujah bahawa beliau tidak dinamakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Secara teknikal, ini adalah betul.

Dan kemungkinan mereka yang dipilih sendiri oleh Najib dengan berhati-hati sendiri berpaling tadah adalah cukup mustahil.

"Kebanyakan mereka yang menentang beliau dalam parti telah pun dipecat ataupun diketepikan.

"Mereka yang kekal adalah mereka yang setia atau pragmatik dan akan bersamanya di sebalik persepsi itu," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada Malaysiakini.

Rakannya dari Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat juga bersependapat dan berkata, panglima perang Najib akan terus menyokongnya walaupun seterunya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba mencari rekrut baru.

"Panglima perang Umno akan tunggu dan lihat, dengan harapan ada perjanjian yang mampu memberi ganjaran terhadap pembelotan mereka," kata Wong.

Pembangkang berpecah-belah

Kemarahan orang ramai juga boleh memberi tekanan kepada panglima perang Umno

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dalam satu kenyataan percaya bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa Umno akan bangkit menentang Najib.

Jadi, apa boleh membuatkan Umno untuk menyingkirkan Najib?

Bagi Wong, ini memerlukan pertuduhan sebenar ke atas perdana menteri dan bukan hanya kaitan kepada pembabitannya.

"Kemarahan orang ramai boleh memberi tekanan kepada pemimpin Umno untuk bertindak lebih cepat tetapi saya fikir orang ramai kini hampir lali dengan perkembangan 1MDB.

"Mungkin hanya jika Najib didakwa secara langsung."

Katanya, jika ada pemimpin Umno mula meninggalkan Najib, kesannya boleh menjadi semakin besar dan ikutan.

Ibrahim pula percaya kemerosotan sokongan orang ramai atau pemberontakan rakyat boleh menyebabkan Umno untuk mengkhianati Najib jika kuasa mereka terancam.

Bagaimanapun beliau tidak yakin ini akan berlaku dalam masa terdekat kerana pembangkang tidak menawarkan alternatif yang berdaya maju.

"Pembangkang berpecah-belah dan tanpa pemimpin,” kata badan bancian bebas itu.

Bagi Wan Saiful, Najib cukup selamat selagi survival politik Umno terjamin.

"Kedudukan Najib sebagai perdana menteri adalah selamat selagi kedudukannya sebagai presiden Umno adalah selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak setahun lalu, Najib berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS