BERITA Malaysiakini

Pengundi tak sedar kawasan mengundi dipindah lapor ke SPR

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Beberapa pengundi hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kawasan mengundi dipindahkan tanpa pengetahuan mereka.

Jurucakap 12 pengundi, Romeyzee Zainuddin berkata beliau telah mengundi di DUN Batang Kali selama tiga pilihan raya umum sebelum ini tetapi dipindahkan ke Kuala Kubu Baru tanpa pengetahuannya.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai pemindahan selepas membaca kenyataan BERSIH pada 1 Julai mengenai perkara itu.

"Saya terkejut bila tahu nama saya tiba-tiba dipindahkan.

"Kami minta SPR pindahkan semula kami ke kawasan asal," kata Romeyzee kepada pemberita di luar ibu pejabat SPR di Putrajaya.

BERSIH pada 1 Julai, mengemukakan bukti dengan apa yang didakwa sebagai pemindahan haram ribuan pengundi dari kawasan dewan undangan negeri atau parlimen mereka.

Data menunjukkan 118,774 pengundi kononnya berpindah ke kawasan DUN yang berbeza, dengan 40,000 pengundi berpindah ke kawasan parlimen yang berbeza.

Ini berikutan langkah pembetulan lokaliti SPR baru-baru ini.

Pengerusi BSERIH  Maria Chin Abdullah hari ini bagaimanapun berkata, walaupun SPR berjanji untuk menyiasat isu ini, mereka mengatakan perlu lebih banyak masa.

"Bagaimanapun, BERSIH telah memberikan SPR tiga minggu untuk menganalisis data dan kami terkejut bahawa SPR memerlukan lebih banyak masa apabila mereka adalah sumber utama bagi data itu," katanya.

[Baca berita penuh]