Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie tolak tawaran Muhyiddin, mahu 'balik kampung'
Diterbitkan:  Jul 26, 2016 11:23 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau dia ingin 'balik kampung' supaya dapat memberi tumpuan dalam membantu rakyat Sabah.

Menurut anggota parlimen Semporna itu, justeru, beliau telah menolak tawaran daripada bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi timbalan presiden dalam parti baru.

"Muhyiddin (Yassin) minta saya...berkenaan parti baharu dan beritahu saya, 'Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden'.

"Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu.

"Tun (Dr Mahathir Mohamad) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.

"Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," katanya ketika memberi ucapan pada majlis sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah pada hari Ahad yang lalu, lapor Sinar Harian.

Pada masa yang sama, Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak menyertai politik untuk mengejar jawatan, sebaliknya untuk membantu rakyat.

"Perjuangan kita tumpu di negeri Sabah dan hak rakyat Sabah. Pembangunan bandar, luar bandar di negeri ini harus diimbangi," tambah beliau.

Semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bulan lalu, Mohd Shafie menjadi perhatian banyak pihak selepas menghantar gambar dirinya bersama anggota kempen BN di Facebook.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada beliau telah meninggalkan kumpulan yang memberontak terhadap Umno yang telah berikrar untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS