Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda Umno dikritik berkait laporan polis berhubung 'konspirasi'
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 8:25 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Kritikan menghujani Pemuda Umno selepas naib ketuanya Khairul Azwan Harun membuat laporan polis semalam mendakwa wujud konspirasi antara pegawai tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Khairul Azwan mendakwa dalam laporannya bahawa baru-baru ini gabenor Bank Negara Malaysia yang bersara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.

"Laporan Pemuda Umno (adalah) satu juta langkah ke belakang untuk kemajuan dan pembaharuan di negara ini," kata bekas senator Umno Ezam Mohd Nor di Twitter.

Sebaliknya, kata Ezam, mereka patut buat laporan terhadap Jho Low dan pelakunya.

Ezam merujuk kepada ahli perniagaan Low, yang merupakan antara empat orang yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset dikaitkan dengan 1MDB.

Yang lain yang dinamakan ialah anak tiri PM, Riza Aziz dan dua bekas pegawai Abu Dhabi.

Dalam laporan polisnya, Khairul Azwan  mendakwa  ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FBI adalah sebahagian daripada 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' DOJ, yang meneruskan siasatannya terhadap kes 1MDB, walaupun memfailkan saman sivil pelucuthakan Rabu lepas.

Pemuda Umno juga dibidas oleh bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan yang mendakwa laporan polis itu menunjukkan pergerakan Pemuda menyokong rasuah.

"Malah Najib pun telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka yang terlibat perlu membersihkan nama mereka.

"Jadi, saya tidak faham mengapa (Khairul Azwan) panik," kata Khairuddin.

Beliau berkata sebagai orang Islam, Khairul Azwan perlu menentang rasuah, tidak kira siapa pelakunya.

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh berkata, jika Pemuda Umno benar-benar mahu menjadi pembela nombor satu Najib, ia sepatutnya menasihati PM untuk menafikan bahawa beliau adalah 'Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman sivil DOJ itu.

"Ini pasti akan menjadi langkah pertama dalam sebarang usaha untuk membersihkan nama Najib dalam skandal itu, walaupun soalan seterusnya ialah sama ada Najib masih mempunyai sebarang kredibiliti dalam meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan 'Malaysian Official 1'," Wong berkata.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS