Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'pura dikecam kerana tak dedah pemain dalam isu 1MDB
Diterbitkan:  Aug 1, 2016 10:46 PM
Dikemaskini: 2:48 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam pihak berkuasa Singapura kerana tidak mendedahkan nama-nama pihak yang terlibat dalam dakwaan skandal 1MDB.

Dalam wawancara bersama Financial Times, Mahathir berkata negara jiran itu tidak melakukan perkara yang betul.

“Saya perasan kerajaan Singapura sangat keberatan untuk tuding jari pada pihak yang terlibat dalam rasuah ini.

“Ia menjejaskan nama baik Singapura sebagai pusat kewangan. Ia tidak buat perkara yang betul.

“Orang yang terima rasuah bukan orang yang melakukan pengubahan wang haram,” beliau dipetik sebagai berkata.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata badan itu bekerjasama dengan siasatan antarabangsa terhadap 1MDB tetapi tidak menamakan pemain utama dalam dakwaan skandal itu.

Badan itu bagaimanapun sudah mendakwa seorang warganya, Yeo Jiawei, yang juga seorang pegawai bank atas tuduhan membantu pengubahan wang haram menggunakan dana 1MDB.

Sekurang-kurangnya AS$3.5 bilion didakwa dicuri daripada dana Malaysia, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland.

AS sudah memulakan langkah untuk menyita aset AS$1 bilion milik jutawan Jho Low, anak tiri perdana menteri Riza Aziz dan bekas pegawai Emeriah Arab Bersatu (UAE) Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Jabatan Kehakiman AS percaya aset-aset itu diperoleh menggunakan wang yang “dicuri” daripada 1MDB.

Mahathir berkata tindakan AS itu telah mendedahkan Najib walaupun didakwa terdapat usaha melindunginya.

Lihat Komen
ADS