Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tentera: Tiada dokumen rahsia dicuri monyet
Diterbitkan:  Aug 2, 2016 10:11 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Serangan menggemparkan sekumpulan monyet di sebuah kem di Melaka hanya melibatkan kehilangan surat berdaftar biasa.

Menurut kenyataan tentera darat, ia tidak melibatkan sebarang dokumen berdarjah rahsia milik tentera, seperti dilaporkan media sebelum ini.

“Surat-surat yang terlibat adalah surat berdaftar biasa dengan pos Malaysia,” menurut kenyataan tentera darat hari ini.

“Angkatan tentera Malaysia amnya dan tentera darat khususnya mempunyai sistem penyampaian surat yang terkawal dan dijamin keselamatan surat tersebut mengikut klasifikasi masing-masing.”

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap laporan The Star, bahawa terdapat serangan monyet terhadap seorang posmen yang mengagihkan surat di Kem Terendak dan melarikan tiga dokumen sulit.

Kejadian itu dilaporkan berlaku hanya beberapa saat, dan menyebabkan posmen berusia 33 tahun itu cedera.

Satu laporan polis dibuat berhubung kecurian dua hari lalu itu dan polis sedang menghadapi tugas sukar mengesan monyet berkenaan.

Lihat Komen
ADS