'Rakyat tak perlu undang-undang yang mengandang'
Diterbitkan: Aug 2, 2016 11:33 PM | Dikemas kini: Aug 2, 2016 11:35 PM
Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan kekesalannya terhadap undang-undang keselamatan dalam negara yang menurutnya menjadikan rakyat seolah-olah “lembu” yang dikandang”.
“Bila kita tidak boleh tadbir diri kira sendiri, kita perlu 'undang-undang' dibuat dan mengandang kita seperti lembu.
“Kita sekarang diberi makna baru dan herot berkaitan konsep-konsep seperti kesetiaan, dukungan dan pentadbiran,” tulis Rafidah di Facebook beliau.
Akta Majlis Keselamatan Negara yang berkuat kuasa Isnin lalu menimbulkan kemarahan pengkritik yang melihat bahaya memusatkan kuasa di tangan seorang perdana menteri.
[Baca berita asal]

