Seorang maut, 6 cedera ditikam dalam serangan di London
Diterbitkan: Aug 4, 2016 10:53 AM | Dikemas kini: Aug 4, 2016 11:04 AM
Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera selepas ditikam dalam satu serangan di pusat bandar London pada lewat malam, lapor media tempatan.
Seorang suspek telah ditangkap selepas polis menggunakan Taser terhadapnya, lapor akhbar The Guardian.
Wanita itu dirawat di tempat kejadian di Russell Square London, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudiannya, kata laporan itu.
"Keganasan adalah satu kemungkinan yang diteroka pada peringkat ini," kata satu kenyataan polis.

