Pembawaan isteri perdana menteri Singapura Ho Ching ketika lawatan ke Rumah Putih Amerika Syarikat mencetuskan perhatian meluas.

Ini susulan beliau dikenal pasti membawa tas tangan yang cuma berharga S$15 (RM45) ketika disambut wanita pertama Amerika, Michelle Obama.

Sejurus gambar mereka dirakam, pengguna Internet terus membandingkan penampilan kedua-dua wanita itu.

“Beliau (Ho) boleh pilih sesuatu yang lebih ceria,” kata seorang perunding kecantikan Siew Tuck Wah di Facebook, seperti dilaporkan BBC semalam.

Ho dan suaminya Perdana Menteri Singapura Lee Hsieng Loong melawat Amerika sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun, selepas kritikan itu, pengguna Internet kemudian berubah nada apabila mendapati tas tangan bercorak dinasor itu hanya bernilai S$15 (RM45).

Ia direka oleh pelajar Pathlight, sekolah pertama untuk penghidap autisme di Singapura.

Kebiasaannya sekolah itu menjual 200 unit dalam tempoh empat bulan.

Bagaimanapun, selepas laporan berkaitan penampilan Ho itu mereka berjaya menjual 200 jumlah sama hanya dalam masa sehari.

Ketika laporan ini ditulis, tas tangan itu telah habis terjual.

Ho kali pertama dilihat membawa tas tangan itu dalam acara ketika beliau secara rasmi dialu-aklukan oleh Michelle dan Presiden AS Barack Obama.

[Baca berita asal]