Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mahfuz gesa namakan pemimpin PAS didakwa terima wang Najib
Diterbitkan:  Aug 9, 2016 10:15 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

Ketika penolakan demi penolakan dibuat pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi.

Bekas naib presiden parti itu berkata, sedikit sebanyak ia boleh menghakis kepercayaan rakyat, terutama anggota PAS terhadap parti Islam itu.

Menegaskan tidak percaya dengan dakwaan itu, beliau bagaimanapun mahu laman pembocor maklumat Sarawak Report (SR) menamakan pemimpin tertinggi parti yang dikatakan menerima wang itu.

“Saya cabar SR namakan siapa pimpinan tertinggi PAS tersebut dan tunjukkan nombor akaun bank sepertimana SR boleh tunjukkan nombor akaun Najib,” katanya merujuk kepada dakwaan berkaitan 1MDB yang dikaitkan dengan Najib sebelum ini.

“Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

Lihat Komen
ADS