Salahuddin keluar Kokus Hak Asasi Manusia Parlimen
Terjemahan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub telah menarik diri daripada menganggotai Kokus Hak Asasi Manusia Parlimen kerana tidak bersetuju dengan keputusan badan itu untuk menyokong kempen menolak penggunaan undang-undang dalam mengawal moral individu.
Terjemahan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub telah menarik diri daripada menganggotai Kokus Hak Asasi Manusia Parlimen kerana tidak bersetuju dengan keputusan badan itu untuk menyokong kempen menolak penggunaan undang-undang dalam mengawal moral individu.
Ketika ditemui di lobi Parlimen semalam, Ahli Parlimen Kubang Krian itu berkata beliau kecewa dengan sikap mereka yang terbabit dalam kempen itu kerana mengemukakan memorandum mengenainya kepada kokus itu pada 24 Mac lalu.
Lima puluh badan bukan kerajaan (NGO) dan 200 individu menentang tindakan pihak berkuasa agama untuk mengawal moral individu.
Mereka termasuklahMenteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Sharizat Abdul Jalil; Nori Abdullah anak perempuan Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan juga Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Ianya keterlaluan'
"Ianya agak keterlaluan. Terdapat isu-isu tertentu mengenai agama yang perlu dihormati," kata Salahuddin kepada malaysiakini.
Menurutnya, tiada tolak ansur dalam isu-isu agama, sambil menegaskan bahawa isu-isu sensitif seperti itu boleh menimbulkan sentimen perkauman dan menjejaskan keharmonian.
Katanya, beliau tidak menganggap satu kerugiaan baginya menarik daripada menganggotai kokus tersebut kerana beliau masih boleh mengetengahkan pandangan mengenai hak asasi manusia melalui perbahasan di Parlimen.
"Saya, selaku Ketua Pemuda (PAS), tidak mahu bermusuh dengan sesiapapun. Saya harap Pak Lah sendiri, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, akan mengkajinya sebaik mungkin supaya tidak ada NGO atau parti politik yang membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan dengan agama dan amalan-amalannya.
"Semua agama, termasuk Islam, mempunyai kebebasannya sendiri. Walaupun NGO tersebut bertindak atas asas hak asasi manusia, tetapi kita mesti mengikut garispanduan dalam agama kita," katanya.
Kempen tersebut dianjurkan berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah kelab malam popular di Kuala Lumpur pada 20 Januari lalu dan menahan lebih 100 pengunjungnya yang terdiri daripada muda-mudi Islam, sebahagiannya wanita.
Berikutan itu, pegawai-pegawai Jawi dituduh melakukan gangguan seksual dengan membuat teguran mengenai pakaian muda-mudi terbabit, malah didakwa tidak membenarkan seorang daripada mereka yang ditahan itu, menggunakan bilik air.
Keputusan terburu-buru
Sementara itu, Ahli Parlimen DAP dari Bukit Mertajam, Chong Eng yang juga setiausaha kokus tersebut berkata, beliau menghormati keputusan Ketua Pemuda PAS itu tetapi menyifatkanya sebagai "agak tergesa-gesa".
Ketika ditemui di lobi Parlimen, pemimpin DAP itu berkata, beliau tidak terperanjat dengan tindakan Salahuddin kerana dia turut mewakili pandangan partinya berhubung perkara itu.
Mengikut Chong Eng, adalah lebih baik jika PAS mempunyai wakilnya dalam kokus tersebut.
Daripada menarik diri, katanya, mereka boleh berusaha 'menyelesaikan perkara tersebut".
Beliau juga tidak pasti sama ada PAS akan mencadangkan pengganti Salahuddin dalam kokus tersebut.
Sebelum itu, Salahuddin telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan menggesa supaya bertindak terhadap NGO yang menganjurkan kempen tersebut serta terhadap majalah tempatan yang menyiarkan kandungan yan mempunyai unsur-unsur seks.
Memorandum tiga muka itu diterima oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar bagi pihak Perdana Menteri. Noh juga diberikan salinan beberapa majalah terbabit.
"Tindakan 50 NGO dan 200 individu terbabit yang mengkritik pengawalan moral adalah satu tindakan yang menghasut dan berbentuk provokasi," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.