Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 September depan untuk menyampaikan keputusan berkaitan saman Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Malaysiakini.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan kesemua pihak hari ini.

NFC diwakili oleh peguam David Morais sementara Rafizi diwakili oleh Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh.

Malaysiakini pula diwakili peguam K Shanmuga.

Shanmuga memberitahu mahkamah bahawa saman terhadap Malaysiakini harus diketepi kerana ia telah cuba menyemak dakwaan Rafizi dengan plaintif, termasuk melalui syarikat perhubungan awam GRA Communcations Sdn Bhd.

“Plaintif gagal menjawabnya sehinggalah dia dimasukkan ke kandang saksi,” kata Shanmuga.

Katanya, apa yang dikatakan Rafizi berkaitan projek NFC itu mempunyai nilai berita dan berkaitan kepentingan awam.

Beliau berharap mahkamah mempertahankan kebebasan bersuara dan kebebasan media dengan menolak saman itu.

Lihat Komen
ADS