Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dua terbunuh hidu gas amonia di Sipitang
Diterbitkan:  Aug 16, 2016 3:28 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Dua pekerja Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd dilaporkan terbunuh selepas terhidu gas amonia yang bocor di pelantar syarikat itu di Sipitang, Sabah, pagi ini.

Portal Utusan Malaysia Online melaporkan tiga lagi mangsa dilaporkan selamat dan sedang menerima rawatan.

Akhbar itu memetik Ketua Perhubungan Media, Wilayah Sabah dan Labuan, Jackson Sawatan, berkata, insiden kebocoran gas ammonia di pelantar Sabah Ammonia dan Urea (Samur), Sipitang itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, pasukan bantuan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat mengenai insiden tersebut.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengetahui punca kebocoran itu berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS