Paling Popular
Terkini

"PM Najib tawarkan saya lebih banyak durian semasa jamuan tengah hari. Bagaimana saya hendak katakan tidak?" itu adalah kapsyen foto Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang dimuat naik di Facebook Lee pada 19 Julai.

Foto itu dirakamkan isterinya, Ho Ching semasa jamuan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) di Putrajaya.

Durian telah membantu menjadikan hubungan Malaysia dan Singapura lebih akrab.

Susulan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Ilango Karuppanan, baru-baru ini menganjurkan majlis 'KENDURIAN Open House' di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

KENDURIAN adalah daripada kombinasi dua perkataan bahasa Melayu iaitu kenduri dan durian, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS