'Orang tinggi pekerti tak tunggu diminta mohon maaf'
Orang yang jujur dan tinggi pekerti tidak akan menunggu untuk diminta memohon maaf, baru hendak berbuat demikian, kata bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin kepada Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.
'Orang yang jujur dan tinggi pekerti tidak akan menungggu untuk diminta memohon maaf, baru nak minta maaf. Itu suatu kebongkakkan.
"Dia perlu sedar bahawa dia meletakkan Agong di tempat MO1 yang dikaitkan sebagai orang yang terlibat dalam jenayah kewangan terbesar di dunia," kata Anina kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian dalam respons kepada Nawawi, yang dilaporkan berkata beliau hanya akan memohon maaf atas tanggapan beliau menamakan Yang di-Pertuan Agong sebagai 'Malaysian Official 1' yang disebut dalam saman sivil yang difailkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset berkaitan dengan 1MDB, jika dipanggil mengadap.
"Nawawi perlu sedar dia bercerita tentang MO1 dalam konteks saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (untuk merampas aset yang dikaitkan dengan 1MDB).
"Walau apa sekalipun MO1 bukan Agong," tegas Anina.

