Peletakan jawatan Dr Thor Teong Gee dari semua kedudukan dalam Gerakan pada Khamis yang lalu mendedahkan masalah kepimpinan yang serius dalam cawangan parti itu di pulau mutiara, menurut bekas pemimpin dan pimpinan semasanya.

Thor yang merupakan bekas timbalan setiausaha kebangsaan parti itu meletak jawatan selepas Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong memberitahu media bahawa mengapa beliau tidak layak menjadi calon kerusi DUN Sungai Pinang.

Thor telah menyerahkan kerusinya kepada Oh, namun menegaskan beliau hanya bercakap benar dengan mengatakan terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan di peringkat kebangsaan dan negeri mengenai pemilihan calon pilihan raya umum akan datang.

Beliau merujuk kenyataan oleh Pengerusi BN PUlau Pinang merangkap Ketua Gerakan negeri itu, Teng Chang Yeow semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Gerakan bahagian Jelutong pada 13 Ogos yang lalu dengan beliau menegur pemimpin veteran parti yang campur tangan dalam soal pemilihan calon.

Teng berkata, beliau menghormati keputusan pucuk pimpinan parti tetapi pada masa yang sama mengharapkan mereka juga mengambil kira pendapat akar umbi untuk memastikan calon boleh menang diletakkan di kerusi seperti Jelutong.

Namun, ahli-ahli Gerakan melihat tindakan Oh sebagai dirancang oleh orang lain yang berkepentingan dan lebih berkuasa daripada dirinya sendiri.

Mereka juga bukan sekadar mengatakan bahawa Gerakan Pulau Pinang kini sedang dikemudi oleh 'boneka' dan 'pengikut', bukannya pemimpin dan intelektual.

Bekas ketua wanita Gerakan Pulau Pinang, Rowena Yam yang meletakkan jawatan tahun lepas mendapati perkembangan semasa sebagai tidak menghairankan kerana lebih setahun lalu, beliau sudahpun sedar parti itu bergerak tanpa 'hala tuju'.

"Secara jujur, terdapat ramai 'boneka' yang hanya menerima arahan tanpa mengetahui apa yang berlaku, " katanya kepada Malaysiakini.

"Mereka lebih prihatin kepada perbalahan dalaman, tikam belakang dan yang menaiki hierarki kepimpinan daripada isu-isu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat atau apa yang boleh lakukan untuk rakyat," katanya.

"Orang ramai tidak mahu melihat ini dan dan mendedahkan keburukan kepada umum tidak membantu sama sekali, " tegas beliau.

"Apa lagi yang mereka mahu? Kami telah melangkah ke belakang dan membiarkan mereka melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Mengapa masih mahu menyerang?" tanyanya lagi.

[Baca berita penuh]