Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebersihan tandas jadi agenda nasional tahun depan

Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai tahun depan sebagai satu agenda nasional untuk diamalkan di negara ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya cadangan ini akan melibatkan kerjasama di antara guru, ibu bapa dan pelajar di setiap sekolah supaya amalan menjaga kebersihan tandas secara bersama itu dapat menjadi satu budaya yang berlaku secara sukarela.

"Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga...tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara) sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah di Langkawi malam tadi.

Sebagai permulaan, katanya pihak kementerian tidak akan memberi sebarang insentif kepada sekolah untuk mengamalkan budaya ini bagi memastikan ia benar-benar berlaku tanpa dipaksa.

"Sekarang ini pun sudah ada sekolah yang boleh dianggap mempunyai (tandas) bertaraf lima bintang juga. Saya tidak hendak menyebut apa-apa lagi tentang insentif. Mulakan dahulu dengan rela hati," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS