Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian kekurangan doktor pakar untuk kawasan luar bandar
Diterbitkan:  Aug 24, 2016 5:23 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Kementerian Kesihatan kekurangan doktor pakar untuk ditempatkan di hospital kerajaan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ramai doktor pakar beralih ke hospital swasta kerana tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding di hospital kerajaan.

Katanya biarpun kementerian telah menyediakan skim Pesakit Bayar Penuh dan mengkaji semula beberapa inisiatif termasuk menambah elaun mereka, namun kementerian masih tidak mencukupi doktor pakar.

"Contohnya, Hospital Beaufort telah dinaik taraf, tetapi kementerian gagal menempatkan khidmat doktor pakar di sini disebabkan masalah ini (kekurangan pakar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sabah di Dewan Pa' Musa, Sabah.

Mengenai kemudahan klinik kesihatan di Sabah, Dr Hilmi berkata pihaknya akan menaik taraf beberapa klinik kesihatan.

Beliau juga berkata kementerian turut merancang untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Tahap Kedua bernilai RM30 juta bagi menampung kesesakan pesakit luar di Hospital Beaufort.

 

-Bernama

Lihat Komen
ADS