Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tindakan tegas jika pelajar MARA terlibat himpunan haram'
Diterbitkan:  Aug 29, 2016 4:23 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sekiranya didapati terlibat dengan perhimpunan antikerajaan di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata setakat ini bagaimanapun tiada laporan diterima mengenai pelajar tajaan Mara terlibat dengan perhimpunan itu.

Perhimpunan di luar dari kawasan ditetapkan polis ialah perhimpunan haram, tegasnya.

"Mana-mana pelajar tajaan Mara yang menyertai perhimpunan haram kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Moh Ngeteh' Hari Kebangsaan kementeriannya di Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa, hari ini.

Ismail Sabri berkata program Moh Ngeteh, atau 'mari minum teh', adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan lebih 500,000 warga kementerian itu termasuk jabatan dan agensi serta organisasi di bawahnya seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh negara.

Beliau berkata program itu, yang diadakan serentak di seluruh negara hari ini, turut melibatkan 40 Pusat Transformasi Luar Bandar dan pelajar tajaan Mara di luar negara.

Turut hadir Timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

- Bernama

Lihat Komen
ADS