Kesatuan persoal lesen penerbangan Eaglexpress
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mahu pihak berkuasa menjelaskan mengapa sijil operator udara (AOC) diperbaharui untuk syarikat penerbangan sewa khas Eaglexpress Air meskipun didakwa menghadapi krisis kewangan.
Nufam berkata anggota kakitangan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd masih menunggu gaji tertunggak mereka.
Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) itu dikeluarkan pada 18 Ogos dan akan tamat pada 31 Ogos 2017.
"Apakah motif sebenar di sebalik langkah DCA mengeluarkan lesen tergesa-gesa, walaupun mengetahui bahawa firma itu sedang menghadapi masalah kewangan?" kata Setiausaha Agung Nufam Mohd Azam dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengeluarkan AOC jika sebuah syarikat penerbangan lulus audit kewangan.
Azharuddin berkata aspek kewangan dikaji oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), di mana syarikat penerbangan mendapat permit perkhidmatan udara (ASP) jika mereka lulus audit kewangan.
"Seseorang pengendali harus mempunyai ASP dan AOC dapat beroperasi," katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah menghubungi Mavcom dan Eaglexpress Air berhubung perkara itu.

