Beberapa kawasan di Tampin dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (6 September) berikutan kerja-kerja pencucian kolam dan penyelenggaraan loji rawatan air.
Menurut kenyataan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) hari ini, gangguan di kawasan Tampin membabitkan Kem Syed Sirajudin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman (Tmn) Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Tmn Semarak, Tmn Sri Air Kuning, Tmn Air Kuning, Kampung (Kg) Baru Air Kuning, Air Kuning Selatan/Kg Mantai, Jalan (Jln) Gemas, Jln Mahkamah, Tmn Molek, Rumah Rakyat Gemas, Tmn Desa Permai Gemas, Tmn Gemas Jaya, Tmn Sahabat, Tmn Sentosa, Tmn Gemas Setia dan Tmn Desa Bakti.
Rumah Murah Gemas, Tmn Damai Gemas, Kg Sri Gemas, Tmn Armani, Jalan Tok Sulong, Kg Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Tmn Gemas Indah, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Gemas, Tmn Sungai Gemas, Kg Ladang Gemas, Kg Bangkahulu, Kg Ulu Ladang, Kg Londah, Tmn Halacara Baru, Tmn Pasir Besar, Kg Pasir Besar dan Kilang Getah Pasir Besar turut terjejas.
Di Jelebu pula, kawasan yang terlibat ialah Ladang Jelebu, Tmn Sri Kenaboi, Bukit Kempas, Felda Titi, Jalan Hosapa, Desa Permai, Rumah Murah Hosapa, Tmn Mawar, Jln Besar Kim Loong, Jln Lama Titi, Jln Mah Fong, Jln Siow Piong Kiow, Jln Sungai (Sg) Rotan, Rumah Rakyat Sg Rotan, Penjara Titi, Perikanan Titi, Sg Muntoh, Kg Puom, Kg Chennah dan Kenaboi.
Menurut kenyataan itu lagi bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.
-Bernama
