Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salleh minta ahli Umno dedah kelemahan pembangkang
Diterbitkan:  Sep 3, 2016 5:25 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Anggota Umno di semua peringkat digesa agar mendedahkan segala kelemahan serta kepincangan yang membelenggu parti pembangkang supaya rakyat tahu dan faham bahawa pembangkang tidak berupaya mentadbir negara ini.

Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat perlu dimaklumkan bahawa pembangkang tidak boleh diberi amanah mentadbir negara kerana mereka sesama sendiri saling bercakaran.

"Mereka asyik bercakaran antara satu sama lain, sama ada disebabkan perebutan kerusi ataupun kerana dasar parti pembangkang itu sendiri. Dahulu mereka ada pakatan rakyat tetapi sekarang sudah tidak ada selepas PAS keluar daripada pakatan itu kerana perbezaan idelogi mereka," katanya.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanatnya sempena persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Belud hari ini.

Menurut Salleh berbeza dengan BN, parti berkenaan sudah diketahui rakyat sebagai satu pasukan sehingga BN mempunyai barisan kepimpinanjelas seperti siapa perdana menteri, timbalan perdana menteri serta anggota kabinetnya.

Bagaimanapun, katanya, pihak parti pembangkang, tidakpun mempunyai kabinet bayangan untuk ditunjukkan kepada rakyat tentang siapa akan menjadi perdana menteri sekiranya mereka menang dalam pilihan raya.

"Mereka tidak berani kemukakan siapa sebenarnya bakal perdana menteri mereka. ...bagaimana untuk memberi ruang kepada gabungan (pembangkang) ini sedangkan mereka sendiripun tidak dapat menentukan kepimpinan mereka?.

"Kita kena bersikap adil kepada rakyat Malaysia. Bagi BN, sama ada dia ada kelemahan atau kekuatan, ia telah membina satu pasukan kuat dan harus diberi sokongan padu oleh rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Salleh mengingatkan rakyat agar menimbangkan banyak perkara sebelum membuat sebarang pilihan serta membuat keputusan berdasarkan pemikiran dan bukan perasaan.

Katanya berdasarkan pertimbangan fikiran, rakyat perlu menyokong BN untukterus menerajui negara kerana kerajaan BN telah membuktikan kemampuannyan mentadbir negara dan memakmurkan rakyatnya berbanding pembangkang yang tidak mempunyai idea jelas untuk membangunkan negara.

Menurut Salleh meskipun kerajaan BN masih ada kekurangannya namun kerajaan pimpinan Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar pandangan untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.


-Bernama

Lihat Komen
ADS