Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPN K'tan nafi sekolah hidang sekerat sosej
Diterbitkan:  Sep 6, 2016 4:13 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menafikan sebuah sekolah di Pasir Mas menyediakan makanan Rancangan Makanan Tambahan yang tidak bernutrisi kepada murid seperti yang diviralkan beberapa
hari lepas.

Pengarahnya Datuk Ab Aziz Abdullah berkata pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas telah pergi ke sekolah berkenaan dan mendapati pihak kantin menyediakan menu seperti yang telah ditetapkan.

"Daripada siasatan yang dilakukan, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Pada hari tersebut, pihak kantin menyediakan menu nasi goreng cina dan air Milo.

"Sosej dan sayur hanya berupa tambahan kerana nasi goreng tersebut sudah mengandungi ayam dan sayur," katanya kepada Bernama.

Perkara yang diviralkan itu mendakwa murid sekolah berkenaan tidak berselera untuk makan kerana menu yang dihidangkan hanya berupa sekerat sosej dan sehelai sayur.

Ab Aziz berkata pihak JPN akan menyiasat perkara itu termasuk dalam kalangan para guru sendiri, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam, netizen dikejutkan dengan pendedahan seorang guru mengenai menu makanan pagi untuk sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Kelantan yang hanya terdiri daripada sepinggan nasi, secebis sayur dan sekerat sosej.

Justeru, beliau meminta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) agar turun padang melihat sendiri bagaimana makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) disediakan untuk murid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS