Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai khas cabar Mukhriz bertanding di Jerlun
Diterbitkan:  Sep 10, 2016 6:09 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau merasakan rakyat masih menyokongnya.

Haris Che Mat, bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz, mendakwa bekas menteri besar Kedah itu takut bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

Sebaliknya, Mukriz memilih bertanding di kerusi Petaling Jaya Utara atau Puchong, kata Haris yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Pokok Sena pada sidang berita, hari ini.

"Jika ia benar, maka saya minta Mukhriz bertanding di Jerlun dan bapanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu pada PRU14 nanti.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak berani isytihar bertanding pada PRU14, eloklah beliau pencen terus daripada politik," katanya.

Dr Mahathir dan Mukriz adalah antara yang menganggotai parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan baru-baru ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS