Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan bantah pinda Akta Profesion Undang-undang
Diterbitkan:  Sep 13, 2016 4:53 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Gerakan melahirkan kebimbangan bahawa cadangan pindaan kepada Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976 akan menjejaskan kebebasan dan kredibiliti Majlis Peguam.

Baljit Singh, yang mengetuai biro undang-undang dan hak asasi manusia parti itu berkata pindaan yang dicadangkan itu mesti dihentikan sebelum dibentangkan di parlimen, yang dikatakan pada Oktober ini.

Baljit mempersoalkan pindaan itu yang membolehkan menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perjalanan pilihan raya Majlis Peguam dan pemegang jawatan majlis itu.

"Majlis Peguam adalah sebuah badan bebas. Sama ada ahli-ahlinya mempunyai kecenderungan politik untuk mengkritik kerajaan atau kadang-kadang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah, kerajaan perlu terbuka kepada kritikan mereka," kata Baljit pada sidang akhbar.

"Majlis Peguam adalah semak dan imbang kepada kerajaan dan pindaan yang dicadangkan adalah dengan jelas campur tangan eksekutif dalam hal ehwal bar yang bebas," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS