Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui bahawa beliau kini bimbang dengan keselamatannya.

Ini berikutan laporan blog Free Malaysia Today pada Rabu lalu yang memetik seorang pesara tentera, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju,sebagai berkata “kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah” dan Maria “tidak akan berjalan di atas bumi”.

Maria bagaimanapun berkata beliau tidak menerima sebarang ancaman bunuh secara peribadi tetapi sebaliknya melihat ugutan yang dikatakan itu di Twitter.

"Saya bimbang tentang keselamatan peribadi saya, juga keluarga saya, ahli-ahli jawatankuasa pemandu, kerana kami adalah sebahagian daripada BERSIH.

“Kita tidak boleh menghalang mereka, tetapi pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan.

"Jika mereka (polis) boleh arah (ahli parlimen DAP) Jeff Ooi menyerah diri, mengapa tidak Ali Tinju, (yang mengeluarkan) ugutan bunuh terhadap saya?" katanya kepada Malaysiakini selepas sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sedang menyiasat Mohd Ali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

Sementara itu, Maria turut ditanya mengenai pelbagai laporan polis yang dibuat ke atasnya dan BERSIH.

"Apa yang BERSIH perjuangkan bukannya mengganggu-gugat negara," katanya.

Mengenai kemungkinan himpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini ‘memakan diri’ dan meningkatkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Maria berkata ia adalah risiko yang perlu diambil.

"Sama ada kita berjaya atau tidak, kita harus cuba....

"Sama ada kita akan meningkatkan populariti Najib, secara serius, pada penghujung hari, rakyat Malaysia sendiri perlu membuat keputusan siapa yang mereka mahu sebagai kerajaan, jadi mereka perlu mengundi pada pilihan raya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS