Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penggodam curi 500 juta maklumat akaun pengguna Yahoo
Diterbitkan:  Sep 23, 2016 1:08 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Yahoo diserang kecurian data terbesar dalam sejarah apabila maklumat akaun sekurang-kurangnya 500 juta pengguna dicuri pada insiden 2014, kata syarikat perintis Internet itu semalam.

Maklumat diperoleh penggodan meliputi nama, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, kata laluan tersulit (encrypted) dan kemungkinan soalan dan jawapan rahsia untuk mengeset semula kata laluan, menurut kenyataan Yahoo.

Setakat ini belum ada bukti kata laluan tersulit atau maklumat bank dan maklumat kad kredit dicuri, menurut Bob Lord, pegawai keselamatan maklumat Yahoo.

Maklumat itu disimpan di sistem lain yang tidak terjejas, katanya.

Syarikat itu kini memberi amaran potensi masalah dan menggesa pengguna menukar kata laluan dan kaedah pengesahan akaun.

“Yahoo sedang bekerjasama rapat dengan penguatkuasa undang-undang berhubung perkara ini,” Lord dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya oleh dpa.

Yahoo tidak menyebut bagaimana penggodam memecah masuk jaringan syarikat mereka atau negara mana yang menaja serangan itu.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berkata mereka maklum perkara itu dan sedang menyiasatnya.

Ini kali kedua akaun Yahoo diceroboh pada masa terdekat.

Pada Jun 2012 lalu, sebanyak 450,000 nama pengguna dan kata laluan Yahoo dicuri dan disiarkan di atas talian.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS