Kuota bekalan minyak diesel bermasalah, kata menteri
Terjemahan Sambil mengakui bahawa sistem kuota bekalan minyak diesel bermasalah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal berharap satu keputusan dapat dicapai minggu depan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan bakar tersebut.
Terjemahan Sambil mengakui bahawa sistem kuota bekalan minyak diesel bermasalah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal berharap satu keputusan dapat dicapai minggu depan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan bakar tersebut.
Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, menteri itu berkata, beliau menyedari ada kekurangan dalam sistem kuota tersebut.
"Diharap, satu keputusan dapat dicapai minggu depan," katanya merujuk kepada mesyuarat mingguan kabinet yang diadakan pada hari Rabu.
Shafie menyalahkan kekurangan penguatkuasaan dan kegiatan penyeludupan sebagai punca berlakunya kekurangan bahan tersebut, tetapi berulangkali memberi jaminan orang ramai akan mendapatkan bekalan minyak diesel yang mencukupi.
Bekerjasama dengan polis, BPR
Menurut beliau lagi, pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan bekerjasama dengan kementeriannya untuk membanteras kegiatan penyeludupan.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa kementeriannya turut terbabit dalam penjualan haram minyak diesel.
Mengenai sistem kuota dan bayaran subsidi bagi diesel, Shafie berkata ia akan terus dilaksanakan dan pihak berkuasa akan memastikan 'bekalannya mencukupi bagi memenuhi permintaannya'.
Semalam, beliau menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang, yang mendesaknya meletak jawatan berikutan berlakunya krisis bekalan minyak diesel.
Krisis tersebut telah menjejaskan dengan teruknya industri pengangkutan lori dan bas di seluruh negara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.