Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ranking tadbir urus korporat jatuh kerana 1MDB
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 10:58 AM
Dikemaskini: 5:06 AM

Skandal 1MDB mengheret Malaysia turun dua anak tangga ke tempat keenam dalam kedudukan Corporate Governance (CG) Watch 2016 di kalangan 11 buah negara Asia Pasifik.

Malaysia mendapat 56 mata, di belakang Singapura (67), Hong Kong (65), Jepun (63), Taiwan (60), dan Thailand (58), lapor The Edge, dengan memetik data yang dikeluarkan oleh kumpulan perbankan pelaburan CLSA dan Persatuan Tadbir Urus Korporat Asia (ACGA) semalam.

Akhbar harian kewangan itu berkata ia ekoran kemerosotan 11 mata di bawah bahagian "politik dan kawal-selia", yang menafikan tujuh mata di bawah penguatkuasaan.

Dalam laporan dwitahunan tu, Pakar perunding ACGA, Benjamin McCarron berkata sementara pihaknya menaik taraf Malaysia tahun ini bagi penguatkuasaan kesalahan pasaran modal dan beberapa perubahan kawal selia dan dasar yang baik, namun krisis 1MDB telah memberi kesan sebaliknya kepada persekitaran politik dan kawal selia tadbir urus awam dan korporat.

Ini, katanya, menyebabkan penurunan yang sederhana dalam skor secara keseluruhan.

Penurunan skor 'politik dan kawal-selia' dilaporkan kerana "kekurangan dasar kerajaan yang jelas, konsisten dan kredibel mengenai CG; persepsi kurangnya keberkesanan di pihak bank pusat dalam menjalankan kuasanya; kedalaman kemahiran media dan kebebasan dalam melaporkan CG; kebebasan suruhanjaya anti-rasuah; dan sama ada kerajaan telah membuat kemajuan dalam meningkatkan standard tadbir urus awam. "

Laporan Tadbir Urus Korporat adalah berdasarkan kepada kaji selidik 95 soalan yang meliputi lima bidang: peraturan dan amalan CG; penguatkuasaan; persekitaran politik dan kawal selia; perakaunan dan pengauditan; serta budaya CG.

Setiausaha Agung ACGA, Jamie Allen dipetik oleh The Edge sebagai berkata Malaysia boleh melakukannya "lebih baik" sekiranya tidak ada isu 1MDB, dan mampu mendapat skor sama seperti Thailand.

"1MDB telah memberi kesan kepada persepsi pasaran modal Malaysia. Orang ramai bimbang tentang apa yang sedang berlaku. Apabila standard tadbir urus awam jatuh dalam tempoh jangka masa sederhana hingga jangka panjang, ia mempunyai kesan ke atas keputusan (pelaburan," kata Allen.

Sementara itu McCaron juga menulis bahawa walaupun terdapat kesan daripada krisis 1MDB di Malaysia, tetapi impak terus kewangan daripadanya, dilihat dapat dikawal.

Saga 1MDB saga mempunyai kesan yang besar ke atas lanskap politik Malaysia sejak dua tahun yang lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mepecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya kerana mengkritik cara kerajaan menangani isu ini, yang membawa kepada penubuhan parti baru - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Ia juga turut menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pembangkang dan aktivis sivil bergabung tenaga untuk menentang Najib.

1MDB kini menjadi subjek saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, yang mendakwa lebih daripada AS$3.5 bilion telah dicuri dari firma pelaburan negara itu

Najib telah menafikan tuduhan menyalahgunakan dana awam, dengan berkata dakwaan itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku jenayah dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS