Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Panggilan palsu dakwa Bursa M'sia, kuil bakal diletup
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 2:28 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Seorang pemanggil memberi amaran kepada seorang pengawal keselamatan di Ibu Pejabat Bursa Malaysia di Bukit Kewangan di Kuala Lumpur bahawa akan berlaku letupan di bangunan itu dan berdekatan sebuah kuil Hindu selepas solat Jumaat.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, anggota keselamatan itu dan rakan sekerjanya membuat laporan polis.

Beliau berkata, unit pemusnah bom dan unit K9 telah dihantar ke lokasi, tetapi tiada bahan letupan dijumpai.

"Polis sedang menyiasat mereka yang terlibat dalam panggilan palsu itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

Zainol juga menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan kejadian itu, sambil menambah bahawa polis sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan.

Tengahari tadi, bangunan Bursa Malaysia dikosongkan berikutan ancaman bom.

Bagaimanapun, dagangan saham sesi petang di Bursa Malaysia dilaporkan beroperasi seperti biasa bermula jam 2.30 petang tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Unit Pemusnah Bom mengesahkan bahawa bangunan Bursa Malaysia selamat dan tiada objek mencurigakan dijumpai, staf dan penyewa dibenarkan masuk.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS