Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Gadis nasi lemak Anak Dara dikejutkan dengan kunjungan MB
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 3:07 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Selepas disaman peguat kuasa negeri Selasa lepas, Siti Hajjar Ahmad mungkin tidak menyangka beliau akan menerima kunjungan pegawai paling kanan dalam kerajaan negeri – menteri besar sendiri.

Malah, Malaysiakini difahamkan Datuk Seri Azmin Ali sendiri datang menyerahkan borang permohonan lesen penjaja kepada gadis 24 tahun yang menjadi sensasi Internet kerana kecekalannya mencari rezeki itu.

Sementara itu, media rasmi kerajaan negeri melaporkan kunjungan Azmin sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajjar yang gigih meniaga bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di universiti.

Selangorkini turut melaporkan Azmin menyerahkan borang itu sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan.

Dalam kunjungand i Seksyek 7, Shah Alam itu, beliau juga menasihatkannya mengikut prosedur ditetapkan.

Malaysiakini pada Rabu melaporkan Siti Hajjar Ahmad berkata dia disaman penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tiada lesen penjaja.

Siti Hajjar berkata dia sememangnya mahu memohon lesen berniaga, tetapi perlu mengumpul duit untuk urusan tertentu.

Beliau dilaporkan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Susulan saman itu, Siti Hajjar meniaga daripada rumah pangsanya di tingkat lima dan terpaksa turun naik tangga sembilan kali untuk menghantar tempahan pelanggan.

Kisah pemilik ijazah kejuruteraan elektronik perubatan daripada Universiti Tun Hussein Onn yang tidak memilih kerja itu sebelum ini mendapat perhatian luas warga maya.

Anak ketiga daripada lima adik beradik dan berasal dari Sungai Petani, Kedah itu pada awal merantau ke Shah Alam, Selangor bagi mencari peluang kerja.

Dia kemudian memutuskan untuk membuka gerai nasi lemak sementara mendapat kerja tetap.

Dalam perkembangan lain, Azmin menyeru penjaja di tepi jalan memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.

“Hal itu bagi memastikan faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan penjaja terpelihara,” lapor Selangorkini lagi.



Gadis nasi lemak Anak Dara tak mengalah, meniaga dari rumah

Gadis nasi lemak Anak Dara dapat 'surat cinta' PBT

Lihat Komen
ADS