Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

BN telah mencapai konsensus mengenai rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang juga dikenali sebagai Akta 355.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mendedahkan apakah keputusan tersebut.

Menurutnya, apa juga keputusan itu, ia dibuat secara konsensus, ia telah dibincangkan dan "kami telah mendapat keputusan, jadi anda tunggu dan lihat."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Enterwip 2.0 dan Keusahawan Technofest 2016 di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, parti-parti komponen BN, MCA, MIC dan Gerakan menentang keras RUU itu, dengan pemimpin tertinggi mereka berkata akan meletak jawatan jika RUU itu diluluskan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS