Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak AS$42.50 setong tahun ini, AS$50 tahun depan?
Diterbitkan:  Oct 4, 2016 5:50 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Harga minyak mentah boleh meningkat melepasi jangkaan berikutan perjanjian Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memotong pengeluaran di antara 32.5 juta dan 33 juta tong sehari daripada 33.7 juta tong sehari ketika ini.

Dalam satu nota hari ini, Maybank Kim Eng Research (Pte) Ltd berkata, perjanjian pengurangan pengeluaran itu adalah yang pertama sejak 2008.

Firma penyelidikan itu berkata, pada pandangannya, harga minyak mentah itu akan memurata kepada AS$42.50 setong tahun ini dan AS$50 setong tahun depan.

"Harga minyak mentah itu berpotensi naik melepasi jangkaan kita jika pengeluaran dikurangkan," katanya.

Menurutnya, margin kilang penapisan dijangka meningkat secara beransur-ansur pada suku keempat tahun ini ketika permintaan pulih untuk sulingan pertengahan semasa musim sejuk dan percutian.

"Pada asas tahun ke tahun, kami menjangka margin penapisan kasar penanda aras purata akan merosot ketika kapasiti tambahan di Asia Pasifik dan Asia Barat untuk tahun kewangan 2017 dijangka melepasi kadar yang dicatat pada 2016, walaupun bekalan masih kurang daripada permintaan tambahan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS