DAP tak tentang undang-undang pembiayaan politik tetapi...
DAP menafikan bahawa parti itu menentang cadangan pembaharuan dana politik oleh Jawatankuasa Perunding Kebangsaan Pembiayaan Politik (NCCPF) yang dikepalai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, partinya tidak menentang pembaharuan yang dicadangkan, cuma 'mendapatinya sebagai sukar untuk menyokong apa yang dilihat sebagai gimik politik'.
Ujar beliau, gimik seperti itu tidak menyumbang kepada ketelusan yang lebih tinggi pada pendapatan dan perbelanjaan parti-parti politik untuk menilai tahap politik wang.
"Apa-apa cadangan pembaharuan dana politik perlu memastikan bahawa kepentingan, unsur-unsur kekayaan atau jenayah, boleh memberi kesan negatif kepada demokrasi dan proses politik dengan menggunakan wang untuk membeli pengaruh," kata Lim dalam kenyataan.
"Pembaharuan yang dicadangkan, di sebalik menghalang politik wang, nampaknya mewajarkan dan menginstitusikan budaya politik wang oleh BN," dakwa ketua menteri Pulau Pinang itu.
"Apa yang paling mengejutkan ialah tiada lagi had ke atas perbelanjaan kempen pilihan raya," katanya.
Lim merujuk kepada had semasa perbelanjaan kempen oleh calon-calon daripada RM200,000 untuk pilihan raya persekutuan dan RM100,000 untuk pilihan raya negeri.

