Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Dengar saya seorang peguam, Dr M hanya doktor
Diterbitkan:  Oct 6, 2016 10:13 PM
Dikemaskini: Oct 7, 2016 3:34 AM

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih layak untuk bercakap mengenai perlembagaan negara berbanding bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang doktor.

Nazri yang merupakan seorang peguam menepis desakan Mahathir bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat perdana menteri.

"Beliau bukan peguam, seorang doktor. Saya peguam, saya tahulah," Nazri dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, Nazri berkata, satu-satunya cara untuk Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada kerusi perdana menteri ialah apabila beliau hilang sokongan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat.

"Selagi seseorang individu itu menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, selagi itulah beliau akan menjadi perdana menteri.

"Sehingga hari ini, (Datuk Seri) Najib masih lagi menikmati sokongan itu. Tiada cara lain melainkan Najib hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli parlimen, maka orang baru yang dapat daripada ahli parlimen lain akan dicadangkan untuk menjadi perdana menteri dan akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan turut menempelak para peguam penasihat Mahathir.

"Saya barrister-at-law. Saya lebih tahu. Kalau dia peguam, kalau dia cerdik, tidaklah sampai buat kerja gila dapat tandatangan 1 juta, kononnya dapat 1 juta, saya rasa kurang.

"Itu bukan cara untuk jatuhkan seorang pemimpin. Jika kita peguam, kita faham.

"Tak payah buat kerja bodoh tu," ujar beliau lagi.

Pada masa yang sama, Nazri turut menegur Mahathir yang dikatakan 'membuang masa' Yang Di-Pertuan Agong.

"Kalau dia faham undang-undang, mengapa buat kerja bodoh itu. Pergi jumpa, buang masa Agong selama satu jam lebih duduk, minum kopi percuma pula.

"Jadi bagi saya, dia bukan orang yang arif dalam perlembagaan," tambahnya.

Nazri menambah Mahathir akan gagal dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib.

"Saya bagi jaminan, insyaAllah, dengan izin Allah Taala, Najib akan kekal sebagai perdana menteri dan tiada jalan lain dari Mahathir untuk jatuhkan beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS