Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Turki, Palestin terkejut Melayu nak jatuhkan kerajaan Kelantan
Diterbitkan:  Oct 7, 2016 11:55 AM
Dikemaskini: 8:28 AM

Pemangku Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob dilaporkan memberitahu ada gerakan Islam di negara asing terkejut apabila "kerajaan Islam" Kelantan cuba dijatuhkan oleh pemimpin Melayu.

Dipetik Harakahdaily Ahmad berkata wakil gerakan dari Turki dan Palestin terperanjat apabila dimaklumkan "kerajaan Islam" di negeri pantai timur berkenaan sedang cuba dijatuhkan.

"Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan," katanya.

Kelantan yang sekali lagi dikuasai PAS sejak pilihan raya umum 1990 kini berdepan dengan pelbagai isu termasuk pembalakan.

Jika sebelum ini kerajaan Kelantan diserang oleh parti BN, kali ini kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat mengubah suasana itu.

BN sendiri dilihat tidak lagi aktif menyerang PAS.

Beberapa tokoh PAS Kelantan sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH, termasuk bekas speaker DUN Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan bekas exco kanan negeri Datuk Husam Musa.

Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata pihak terbabit sedang menjalankan gerakan bagi melemahkan kerajaan negeri.

Kenyataan itu dibuat ketika Ahmad menghadiri ajlis pecah tanah bangunan baru PAS Gua Musang semalam.

Di bawah tajuk "Pemimpin Melayu mahu jatuhkan kerajaan Islam", Harakahdaily bangunan berkenaan dibina dengan kos kira-kira RM1.5 juta di atas tapak seluas hampir seekar.

Wakil gerakan Islam Palestin dan Turki dikatakan melawat Ahmad baru-baru ini.

Lihat Komen
ADS