Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemuda Umno ikrar sekat BERSIH masuk S'gor esok
Diterbitkan:  Oct 7, 2016 10:58 PM
Dikemaskini: 3:00 PM

Seorang pemimpin Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah memberi amaran untuk menyekat konvoi BERSIH bagi memasuki Selangor esok.

Katanya, sekatan itu akan dibuat atas alasan bagi menghormati hari pemasyhuran Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai raja muda Selangor esok.

“Tetapi apabila mereka melintasi (sempadan Selangor), tidak menghormati hari pemasyhuran esok, kita tidak akan teragak-agak untuk menghalang puak-puak mengarut ini daripada terus berjalan di negeri Selangor.

“Cukuplah BERSIH, kita akan jumpa anda di tiga tempat yang anda nyatakan, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang.

“Kita tunggu anda di sana,” katanya seperti dilaporkan KiniTV.

BERSIH sedang dalam rangka jelajah seluruh negara untuk mengajak orang ramai menyertai himpunan besar mereka pada 19 November depan, yang antaranya terus menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan kontroversi 1MDB.

Lima konvoi BERSIH dijadual dilepaskan esok di Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

Minggu lepas, mereka bertembung dengan kumpulan Baju merah pimpinan pimpinan akar umbi Umno Datuk Jamil Yunos di Lumut dan Teluk Intan.

Armand sebelum ini cuba menghentikan konvoi BERSIH di Johor tetapi dihalang oleh polis.

Beliau mendakwa BERSIH terus “meracuni kebencian rakyat” melalui tindakan itu.

Tengku dilapor akan dimasyhurkan sebagai raja muda Selangor di Istana Alam Shah, Klang, esok.

Lihat Komen
ADS