Mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tidak mengadakan perhimpunan menentang rasuah di Pulau Pinang ketika Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah, tanya Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

"Mereka dakwa menentang rasuah tetapi apabila melancarkan konvoi pada 1 Oktober yang lalu, hanya sasarkan negeri-negeri yang bukan ditadbir Pakatan dan tidak termasuk Pulau Pinang tatkala ketua menteri DAP sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah.

"Jika anda menentang rasuah, mengapa tidak adakan (perhimpunan) di Pulau Pinang? Lebih baik tidak buat tetapi kerana anda benar-benar mahukan, mengapa tidak di Pulau Pinang?

"Itulah soalan yang BERSIH harus jawab," kata Tan dalam ucapannya semasa majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-45 di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka tidak perlu mengadakan perhimpunan jalanan sambil menambah tawaran untuk menyediakan stadium untuk perhimpunan itu masih terbuka.
However, he maintained that they should not hold the rally on the streets, adding that his offer to provide a stadium for the rally still stands.

Demonstrasi jalanan, jelas beliau, akan menjurus kepada huru-hara dan kesulitan orang ramai serta perniagaan di kawasan berkenaan.

"Mengenai demonstrasi jalanan, saya berasa Pemuda Gerakan harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

"Saya ingin menyatakan hari ini bahawa tawaran Pemuda Gerakan untuk menyediakan stadium yang masih terbuka. Tawaran kami masih terbuka kepada BERSIH dan Gerakan Baju Merah.

"Kami berharap mereka membuat pilihan yang tepat dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman tanpa menjejaskan keselamatan awam yang lain," katanya.

[Baca berita penuh]