BERSIH cuba sekat persempadanan semula
Diterbitkan: Oct 14, 2016 4:21 PM | Dikemas kini: Oct 14, 2016 5:44 PM
Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk menghalang cadangan persempadanan semula di Semenanjung Malaysia.
Dalam permohonan difailkan melalui tetuan Ramrais & Partners, Isnin lalu, Maria menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden tunggal dalam kes itu.
Maria, yang juga adalah pemilih berdaftar di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa SPR bertindak dengan niat jahat dan tidak mematuhi prosedur ketika mengeluarkan notis persempadanan semula.
Pengurusan kes itu dibuat di hadapan Hakim Datuk Hanipah Farikullah.

